Sunday, January 20, 2008

Hard disk..ooo...hard disk....and acrobatic show

Semalam sebelum ke Bangi, singgah sekejap ke Plaza Low Yat semata-mata kerana external hard disk aku yang problem tu. Pergi la ke kedai tempat yang aku beli benda alah tu 4 bulan lepas. Setelah diperiksa oleh tokei kedai situ, memang hard disk aku ada problem. Nasib menyebelahi aku kerana warranty untuk external hard disk aku masih ada 3 tahun. Tokei tu cakap aku boleh tukar hard disk aku dengan bawa yang lama dan resit pembayaran sekali nanti. Tapi semua data akan lost la nanti...huhu tu yang x tahan tu dengat...tapi aku cakap kat dia aku akan datang lain hari sebab nak buat back-up dulu semua file-file yang boleh diselamatkan. Banyak sebenarnya yang berharga dalam hard disk tu expecially gambar-gambar kenangan semasa bergelar mahasiswa di Universiti Malaya dulu.

Selepas jalan-jalan ke Low Yat, singgah sekejap kat Sg.Wang...saje je jalan-jalan. Sebenarnya nak tengok komik Siren volume 19 dah keluar belum. Nak kata lama sangat tu tak la jugak. Huhu..tengah jalan-jalan tu ada la bunyi pengumuman kat pentas utama kat situ. Biasa la sambutan Tahun Baru Cina semakin hampir. Tengok jugak la apa yang bising tu rupa-rupanya ada show akrobatik kat pentas tu.



Kalu tengok memang horror gak cara diorang buat tu...Lipat-lipat sana sini. Yang paling menarik time mamat tu pegang tiang sorang diri dan sorang lagi dok panjat tiang tu.



Yang ni plak, amoi-amoi cun wat aksi lipat-lipat...huhu...



Lepas habis tengok semua tu, aku bergegas ke Bangi. Naik moto buruk je. Sebelum tu singgah jap kat kedai kegemaran aku beli something. Aku jarang sebenarnya ke sana. Tu la first time aku naik motor kapcai aku tu pergi sana sorang-sorang. Perjalanan yang jauh, tapi meluaskan pengalaman aku. Hehe... :D

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

My Recent Post