Friday, June 4, 2010

Tazkirah Jumaat: ILMU DAN ANDA



Salam Jumaat...dah lama tak update blog ni. Bila dah tak update mulalah bersawang blog ni. Hehe...check trafik pun memang dah menjunam turun. Hehe....rasa macam tak kena bila tak update blog. Rasa macam ada yang dah kurang. Tu la...kebelakangan ni agak sibuk. Banyak benda nak kena selesaikan. Huhu...

Ok...hari ni nak berkongsi sedikit dengan anda semua mengenai ILMU. Anda semua nak jadi orang yang berilmu? Ilmu nak buat apa?? Exam dah habis....kerja dah dapat....hehe...poyo je kan??? Leceh la nak pergi belajar lagi, umur pun dah lanjut...otak dah reput. Nak jom...tak nak sudah. (^_^)

  • ILMU UNTUK HIDUP
Buat apa belajar kalau tak reti nak pakai apa yang dipelajari. Zaman sekarang orang cari ilmu sebab nak orang 'respect', nak sijil, nak buat cari kerja...pendek kata ilmu yang ada hanya sebagai ukuran siapa pandai, siapa bodoh, siapa alim, siapa jahil. Kita pakai ilmu sebagai pakaian luaran nak menunjuk kat orang tapi tak pakai ilmu dalam hati, tak pakai ilmu untuk memperbaiki diri, banyak ilmu baik sudahnyamerosakkan diri. Hidup mewah tapi tunggang-langgang, kaya tapi tak ingat siapa yang bagi dia kekayaan tu.



  • ILMU UNTUK MATI
Ramai berpendapat ilmu hanya untuk cari makan, bila dah tua, dah nak mati, buat apa lagi nak cari ilmu? Ilmu agama setakat mana ada je nak diamal, nak belajar dah tak dan dah, takut tak sempat amal. Menuntut ilmu tu sendiri amalan hebar sampai kalau mati kita dianggap mati syahid. Kepada pakcik dan makcik di luar sana, jangan segan-segan la nak belajar ilmu agama, biar la orang nak mengata kat kita pun, kat akhirat nanti bukan diorang pun yang tentukan kita ke neraka atau ke syurga. Yang muda remaja pun jangan ingat anda tu lama lagi nak mati, jangan nak tunggu tua baru nak belajar agama, takut tak sempat tua.


  • ILMU DUNIA
Siapa kata ilmu dunia tak penting? Kita nak hidup di dunia kena la tahu ilmu dunia tapi jangan nampakdunia je. Guna la dunia tu sebagai jambatan ke akhirat, amalkan ilmu tu untuk mencari keredhaan Ilahi. Semua ilmu baik cuma yang amal ilmu tu je belum tentu baik. Kalau niat cari ilmu sebab nak cari dunia, cari kaya, cari kuasa, maka ilmu dunia tu dapat tolong korang kat dunia ni je tapi kalau cari ilmu dunia, nak cari akhirat, nak cari berkat, nak cari rahmat, insyaAllah ilmu tu dapat tolong korang di dunia dan di akhirat. Lepas tu korang ajar pula kat anak-anak dan pelapis korang, bertambahlah pahala korang selagi ilmu tu diamalkan.

  • ILMU AKHIRAT
Ini la ilmu yang tak ramai orang cari tapi kat sana nanti baru menyesal tak sudah. Mana taknya, ilmu ni tak laku kat dunia, ustaz mengajar free kat masjid pun tak ramai nak dengar. Ilmu yang tak boleh buat korang kaya raya. Dah tu nak buat apa cari ilmu ni? Ni la ilmu yang buat korang jadi orang bukan binatang, buat korang sedar siapa korang, ilmu yang ajar macam mana nak hidup kat dunia dan selamatkan korang di akhirat. Nak tunggu dah bangkit kat akhirat baru nak cari ilmu ni memang le tak sempat. Jadi nak belajar jangan bertangguh, cepat-cepat le sebelum terlambat. Biar sikit tapi berkat dari banyak sekadar buat berdebat.


Renung-renungkan lah dan selamat beramal.... (^_^)

Nota: Esok cuti...planning tak sure lagi nak buat apa...huhu

Gambar kredit kepada Pakcik Google :)


3 comments:

Asma said...

jgn lelah tuntut ilmu..rajin tambah ilmu buat otak sentiasa bkerja..tuntutla ilmu sampai ke negeri China..ilmu yag baik disampaikan pd org lain menambah pahala..InsyaAllah =)

Farid said...

ilmu di dalam dunia blogger pon ada juga :)

*Laut China Selatan* said...

ilmu kat dunia ni macam macam. yang tak baik pun still di kira ilmu! pandai pandailah kita nak mentafsir.. ^__^

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

My Recent Post