
Korang pernah tak rasa malu pada diri sendiri? Mesti pernah kan?? Ada satu hadis Nabi yang lebih kurang maksudnya macam ni....kalau korang tak malu, buat la apa yang korang nak buat. Maksudnya betul la macam mak ayah kita selalu pesan masa kecik-kecik dulu bila kita nak buat nakal. Orang kata jangan bikin malu kompeni la. Hehe....kalau muka tak malu, buat la. (^_^)
- MALU NAK BUAT TAK SENONOH
Walaupun kita bukan orang alim kita masih ada rasa malu untuk buat benda tak elok. Kita malu kalau kain kita terselak tapi kalau selamba kodok je pakai dedah tu memang rasa tak kena la kat mana-mana. Masalahnya orang-orang kita dah makin tak malu dah sekarang ni. Orang lain pulak naik malu tengok diorang yang takde rasa malu.
- MALU NAK BUAT JAHAT

Sifat malu ini memang ALLAH s.w.t. dah letak siap-siap dalam diri manusia sejak manusia dilahirkan lagi. Makna kata kalau benda yang korang malu nak buat depan orang ramai, benda tu memang tak eloklah dan jangan la buat. Kita malu kalau orang tahu kita berbohong contohnya, jadi jangan la sekali-kali kita kelentong. Walau orang tak tahu pastinya ALLAH tahu. Kalau dengan manusia korang tahu malu, tapi dengan ALLAH tak rasa malu ke?
- MALU NAK BUAT BAIK

Ni malu yang dikategorikan silap konsep namanya. Ada pula yang malu nak pergi masjid contohnya, takut member-member kutuk dia alim tapi dia tak malu pulak ikut member-member pergi clubbing, disko, dangdut. Kalau kita ada malu terbalik macam ni bawa-bawa la berubah. Jangan tunggu ALLAH bagi bala baru kita nak sedar.
- MALU SAMPAI SESAT

Senang cerita, malu bertanya sesat jalan. malu nak belajar agama, malu nak tanya ustaz, malu nak mengadap kitab-kitab agama, malu nak jejak kaki ke masjid, malu macam ni jangan la ambil port sangat. Maklum la, ada pangkat bertingkat-tingkat, speaking orang putih pekat, kena lak ahli-ahli korporat, nak buat semua ni memang malu sikit. Apa-apa je la....jangan kat akhirat nanti kita tertunduk malu kat ALLAH sudah. Masa tu baru nak rasa malu apa kejadahnya kan?? Nak malu biar la malu sekarang.
Renung-renungkan dan selamat beramal.....
Nota:
1. Esok bakal bertemu dengan para bloggers di Putrajaya.
2. Rasa malu pula kat diri yang banyak kelemahan. Mahu memperbaiki mana yang kurang pada diri. Harap semua ok nanti. Chaiyok!!!!!
3. Owhh...ini adalah entri yang ke-700 :)

Renung-renungkan dan selamat beramal.....
Nota:
1. Esok bakal bertemu dengan para bloggers di Putrajaya.
2. Rasa malu pula kat diri yang banyak kelemahan. Mahu memperbaiki mana yang kurang pada diri. Harap semua ok nanti. Chaiyok!!!!!
3. Owhh...ini adalah entri yang ke-700 :)












13 comments:
hmmmm btl3
Wow..entri ke 700?
Tahniah2..hehehe
jom jumpa esok
malu jagn tidak bertempat
;)
salam,
tahniah gud entri...
jemput baca kisah Inspirasi khas pd hari jumaat shj di blog sy :)
http://ummi-hanie.blogspot.com/2010/07/kisah-inspirasi-4-cicak-yang-pekak.html
@humaira
(^_^)
@Sang Karipap
thanks bro :)
@joegrimjow
haha...betul tu :)
@Ummi Hanie
ok...nanti saya baca....apapun thanks :)
sifat malu tu kene ade .
wahh bagus la ko punye tazkirah ni.. kalau boleh wat la lagi banyak eh..
anyways, nice entry =]
Kenape lelaki selalu dikaikan dengan terer matematik dan suka tengok bola [Jawapan]
► Play. ▌▌Pause.
buat setakat terdaya...taubat tiap hari..dan doakan meninggal semasa pulang dari tempat org baik2..
Mahu memperbaiki mana yang kurang?? Alamak... jangan cucuk botok plak yer dik... hahahah
thanks atas perkongsian..mintak shared pic yer..thanks..(pdhl dah amek dah)
Post a Comment