Friday, September 24, 2010

Tazkirah Jumaat: FILEM KITA



Salam,

Anda semua nak jadi pelakon terkenal? Betul ke nak jadi pelakon ni? Hehe...sebenarnya korang memang dah siap-siap jadi PELAKON pun kat pentas dunia ni. Tiap-tiap kita melakonkan filem biografi sendiri. Tak percaya? Sila lihat point-point dibawah. ACTION!!!!

  • SKRIP KEHIDUPAN


Semua pelakon dah diberikan skrip sejak 1431 tahun dulu. Ada 114 babak. Semua watak ada tertulis dalam tu, hero tak hero, samseng, *pailang, spy pailang, pilih je nak watak mana. Kalau dah hidup tunggang-langgang maka korang bacalah skrip pailang ye. Kalau baik maka ikut skrip hero kita Nabi Muhammad s.a.w. Ikut betul-betul InsyaAllah boleh masuk Hall Of Fame sama dengan baginda. Kalau tak, ada can nak masuk Hall Of Flame dengan Abu Jahal.

*pailang = taiko, gengster

  • PLOT CERITA


Cerita tiap-tiap orang tak sama. Ada cerita sedih, ada cerita komedi, ada cerita adventure dan macam-macam lagi. Ni bukan cerita Hollywood atau Bollywood, hero kalah dulu, orang jahat gerenti kecundang. Kadang-kadang hero kalah memanjang, orang jahat pulak yang senang. Dah ceritanya dikarang oleh YANG MAHA BESAR, suka hati DIA nak buat macam mana. Bukan kira menang kalah kat dunia, ini baru intro je. Kat akhiratlah cerita sebenarnya.

  • DURASI CERITA


MAHA SUCI DIA nak tentukan cerita kita ni panjang mana. Ada feature film, ada juga short film. DIA je yang tahu. Korang perlu perbaikkan watak dan 'lakonan' sahaja. DIA nak matikan watak korang bila-bila masa aje, jangan ingat korang hero tak boleh mati. Buat yang terbaik, buat dengan penuh penghayatan. Kadang-kadang watak yang kita bawak kecil je, dialog pun tak banyak tapi kalau baik pembawakannya tentu dapat award. Watak utama dalam filem panjang meleret tapi melalut orang tengok pun menyampah.

  • ACT 1 TAKE 1


Cerita yang kita lakonkan sekarang DIA dah tulis siap-siap awal-awal lagi, sebelum DIA buatkan set dan lokasi filem ni. Semuanya DIA dah prepare baik punya. Korang je perasan macam cerita ni korang yang karang. Tu yang berlakon ikut sesuka hati je sampai lupa arahan Director. Patutnya apa yang DIA suruh korang buat, apa yang DIA larang jangan buat tapi korang buat bangang je. Tu yang over acting memanjang. Ingat, kita ada satu 'take' je, jadi buat elok-elok la. Baca dan fahamkan skrip, jangan simpan je skrip atas rak. Study macam mana Rasulullah s.a.w. bawak watak dia, cuba ikut dan jangan melalut. :)

Renung-renungkan dan selamat beramal.



3 comments:

Bro Framestone said...

kalau takut lupa skrip.. perbanyakan membaca kitab suci

kalau takut kaku, perbanyakan mengulangi amalan yg telah dibaut semoga ianya sempurna

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Rupanya ramainya pelakon over acting atas dunia ni...

nurkaloi said...

ermmm sume org ade lah pelakon kat dunia niee...
same ade mutu lakonan jer berbeza-beza...

**peringatan & mule muhasabah diri**

hmmmmmmmmmm...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

My Recent Post