Thursday, December 9, 2010

Tazkirah Jumaat: KEKASIH KITA






Salam,

Dalam Islam sebenarnya ada istilah kasih sayang. Apa? Tak tahu? Isk.....tu la korang, ingat nak berendut macam orang putih je. Cuba la buat cara Islam, kan cantik, muslim dan Muslimah yang sebenar ialah korang-korang yang penuh dengan kasih sayang, baru la Allah sayang kat kita.


  • PENCIPTA KITA


Dialah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Buktinya semua yang ada di sekeliling kita dengan kita-kita sekali diciptakan-Nya dengan begitu Indah, lepas tu diberi rezekei dan macam-macam lagi walaupun kita tak rajin nak solat, perangai jahat, hati kelat, kaki maksiat. Kalau tak kerana sifat kasih sayangnya dah lama kita semua diperhambat, kena lanyak lumat. Jadi, sementara masih ada hayat apa kata kita hayati kasih sayang yang diberikan. Zahirkan dalam bentuk ibadat, bawak-bawak la bertaubat, sucikan hati kerana itu saja yang akan dinilai di akhirat. Cinta tu kan letaknya di hati, jadi apakah yang paling dekat di hati kita hari ini?


  • NABI KITA


Dah la tak hidup sezaman, setakat tahu nama je. Rupa macam mana pun tak tahu. Pergilah surau atau masjid dengar sirah Nabi. s.a.w, baru tau macam mana baginda sayang kat kita umatnya. Susah payah baginda Rasulullah s.a.w. nak menyempurnakan ajaran Islam supaya kita dapat hidup dalam nikmat, mengetahui hikmat bertuhankan Allah dan bukannya busut, berhala serta manusia. Selawat la banyak-banyak tanda cinta kita kepadanya, insan yang menjadi rahmat untuk sekalian alam.


  • DIRI KITA


Buruk macam mana pun rupa, tak senonoh macam mana perangai, kita tentunya sayangkan diri sendiri. Sebab tu Islam tak bagi kita bunuh diri. Ni korang hari-hari buat cubaan membunuh diri. Speeding la, rempit la, pil kuda la, merokok la, semua kerja nak bunuh diri je. Allah dah bagi badan cukup sifat pun korang tak nak bersyukur.


  • BINI KITA


Siapa tak sayang bini? Bebel kuat kee, mengada-ngada ke, banyak songeh ke, bini korang jugak kan? Jangan la kasar sangat dengan diorang, baik perbuatan mahupun percakapan. Nabi s.a.w kan ke suami paling romantik. Dulu masa mengorat gentle beb.


  • ANAK KITA


Nakal macam mana, jahat macam mana, kita sayang anak kita. Darah daging kita sendiri la katakan. Didik la jadi hamba Allah yang sejati walaupun korang tahap kayu pokok jati. Tak reti boleh hantar kelas mengaji. Jorang pun kena mengaji sekali. Karang tak le segan sangat kalau anak lagi alim dari korang.


Renung-renungkan dan selamat beramal...

**kredit kepada TP


Nota:

1. Hujung minggu ni agak sibuk sedikit. Hehe..sape-sape yang nak join gathering hari Ahad ni dekat Time Square, dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut klik sini. :p

2. Berita terbaru yang diterima daripada blogger Lolly, Al-Fatihah buat blogger Mohd Ranoorsyam yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Berita mengenai kemalangan tersebut di sini.


5 comments:

whitecappuccino said...

entri yg sangat menarik!..

Eazy Izzuddin said...

interesting...
mmg sesuai untuk hari jumaat...
;)

pipoq said...

semoga entri ni bermanafaat untuk semua..

-ROCKprincess- said...

Allah maha adil...
we obey Allah and we'll be content...
huhu...

Fina Roslan said...

salam tuan rumah
nice entry.thank you:)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

My Recent Post