Tadi singgah sekejap ke Service Center HP kat Bukit Damansara sebab nak ambil laptop yang terbakar haritu. Tapi laptop yang diambil tadi tak dibaiki pun memandangkan harga yang dikenakan untuk menukar part-part yang terbakar tu agak melampau. Tadi pun hanya bayar RM72 sahaja untuk service charge.
Kalau ikutkan boleh je nak baiki laptop tu. Tapi kena ada duit lebih la...tunggu la dulu camne nanti. Kalau ada duit lebih InsyaAllah laptop tu akan dibaiki. Buat masa ni simpan elok-elok dulu dalam stor. Hehe...
Tadi masa nak bayar parking kat mesin rasa macam kelakar sikit bila duit balance yang keluar bukan duit yang biasa aku guna sebelum ni. Yup...duit RM 0.50 baru yang saiznya lebih kurang sama macam duit RM 0.20 yang lama. Mulanya aku agak confius bila duit yang keluar tu seakan-akan token nak main game arked dekat pasaraya. Bila dibelek kembali, rupanya duit RM0.50 yang baru.
Ok...rate parking dekat ofis HP adalah RM4 sejam...jadi balance yang keluar adalah RM6 berupa syiling-syiling RM0.50 baru macam gambar kat atas. :)
Nota:
1. Minggu ni ada dua perlawanan bola:
i) SKUAD OLIMPIK NEGARA vs Selangor
Selasa 31/1/2012
8.30 malam
Masuk Percuma
Stadium Nasional Bukit Jalil
ii) SKUAD SENIOR NEGARA vs Kelantan
Rabu 1 Feb 2012
8.30 malam
Tiket RM10
Stadium Nasional Bukit Jalil
Sape-sape yang free boleh la datang tengok... :)
Mengenai Penulis:











4 comments:
wah.. ada duit baru erk.. belum sempat lagi nak pegang syiling baru.. huhuhuhu
saya dapat syiling baru 20sen...kecik dan ringan...
bro, camner leh terbakar laptop,
parking kat bawah HP or depan HP tu?
Post a Comment
Saya sama sekali tidak akan melayan komen-komen yang dihantar oleh Anonymous. Begitu juga dengan komen-komen yang berbentuk serangan peribadi mengikut takrifan saya. Buat Ibnu Marzuki Al-Firdaus, ko hantar komen banyak mana pun kat blog ni, aku reject je tanpa belas kasihan...muehehe (^_^)