Actually dalam dua hari ni aku punya wireless broadband Maxis tercicir dari beg aku. Laast sekali aku tengok masa buat kerja dekat KL Festival City, Setapak. Memang tak jangka pun akan tercicir dari beg aku. Seharian tak dapat online internet.
Mulanya memang dah puas selongkar dalam beg tapi tak jumpa-jumpa jugak. Yang tinggal hanya penutupnya sahaja. Pelik...macam mana la boleh hilang. Nak kata ada orang ambil memang takde sape pun bukak beg aku hari Jumaat tu. Hmm...mulanya rasa macam nak redha je atas kehilangan berukben tersebut.
Jadi pagi tadi aku kembali ke KL Festival City dekat tempat aku buat kerja IT aku. Memang aku rasa berukben aku mesti tercicir kat satu tempat. Dan betul jangkaan aku sebab berukben tu menyorok kat bawah macam dalam gambar ni:
Boleh la pulak dia dok menyelit kat bawah gerabak tempat aku buat kerja tu. Nasib baik la jumpa, kalau tak terpaksa la ke Maxis Center nak tukar simcard baru.
Berukben ni aku dapat free semasa birthday aku tahun lepas. Tu yang rasa kalut jap bila menatang ni hilang dalam masa dua hari. Alhamdulillah sebab dapat jumpa balik dengan keadaan yang selamat..
Mengenai Penulis:











2 comments:
Wahhh boleh resah ni kalu takda internet. Lagipun modem tu percuma. Leceh nak tukar sim dan of course ler kena bayar plak nanti.
Masih ada rezeki lagi tu bro... Nasib la takda siapa2 jumpakan...
Post a Comment
Saya sama sekali tidak akan melayan komen-komen yang dihantar oleh Anonymous. Begitu juga dengan komen-komen yang berbentuk serangan peribadi mengikut takrifan saya. Buat Ibnu Marzuki Al-Firdaus, ko hantar komen banyak mana pun kat blog ni, aku reject je tanpa belas kasihan...muehehe (^_^)